|
|
|
|
Kongsi Ilmu |
D,
Alhamdullillah....aku berkesempatan utk menulis. Aku ingin sekali berkongsi ilmu telah ku perolehi pada Sabtu & Ahad yg lalu. Dalam hatiku, berkata - alangkah sedihnya jika ilmu ini tidak ku sampaikan kpd sahabat-sahabat ku, terutama yg belum berkesempatan utk keluar menimba ilmu. Ustazah seringkali mengingatkanku agar sentiasa berkongsi, terutama sekali ilmu yg boleh memanfaatkan orang lain. Insya'Allah kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat diberkati Allah. Dengan menulis ini, aku juga mengingati diriku sekali lagi apa yg diajarkan oleh para ustaz/ustazah.
1. Bab menghalusi sholat - Ustazah rock menggalakkan kami sentiasa menghayati Al Mathurat. Kandungan buku kecil ini adalah himpunan doa-doa yg Rasullullah amalkan selepas setiap sholat Subuh & Asar. Kebanyakannya dibaca 3 kali.
Ustazah ngaji ku pun sering menguji aku & sahabat-sahabat yg lain dlm penghafalan doa-doa yg terkandung dlm Al Mathurat. Cara kami menghafal 1 doa ialah membacanya berkali-kali hingga hafal, menghayati maknanya, kemudian barulah beralih membaca doa yg lain. Harga buku ini, tak sampai $3.
Di antara doa- doa yg ada di dlm buku ini :
Dgn nama Allah Yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Dgn nama Allah yg dgn nama Nya akan terhalang segala sesuatu di bumi & di langit utk menimpakan bencana & Ia Maha Mendengar & Mengetahui.
2. Aku berlindung pada kalimat Allah yg sempurna dari kejahatan makhluk Nya.
3. Allahumma, aku berlindung pada Mu dari rasa sedih & gelisah, & aku berlindung pada Mu dari kelemahan & kemalasan & aku berlindung pada Mu dari sikap pengecut & bakhil & aku berlindung pada Mu dari cengkaman hutang & penindasan orang.
4. Allahumma, sihatkanlah badanku, Allahumma sihatkanlah pendengaranku, Allahumma sihatkanlah penglihatanku.
5. Allahumma, sesungguhnya aku berlindung pada Mu dari kekafiran & kefakiran. Allahumma aku berlindung kpd Mu dari azab kubur, tidak ada Tuhan selain Engkau.
6. Penghulu Istighfar
Menurut ustazah, bila kita amalkan doa ini, dosa-dosa besar yg telah kita lakukan dahulu akan terhapus, Insya Allah.
Allahumma, engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkau yg Menciptakan & aku abdi Mu & aku berada dlm perjanjian dgn Mu, ikrar kpd Mu(yg akan ku laksanakan dgn) segala kemampuan ku. Dan aku berlindung pada Mu dari mengakui (dgn sebenar-benarnya)nikmatMu kpd ku. Dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yg boleh mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.
2. Ustazah Kamariah sering menganjurkan buku Jln Yg Dekat. Ia adalah buku yg menghimpunkan banyak doa. Katanya lagi, kalau kita hendak mensucikan diri & hati kita, hayatilah doa-doa yg terkandung dlm buku ini.
Ibu mertua ku sentiasa membawa buku ini setiap kali dia datang bermalam di rumah kami. Bila dia nampak aku juga membaca buku yg sama, dia sudi berkongsi ilmu yg telah ustazah berikan kepadanya & para jemaah lain yg menghadiri kelas ustazah. Harga buku ini hanya $4.
Di antara doa-doa di dlm buku ini ialah :
1. Ya Allah, sesungguhnya aku meletakkan hajatku kpd Mu, walaupun lemah fikiranku, & singkat usahaku, & aku sangat berharap kpd rahmatMu & aku terus bermohon kpd Mu wahai Tuhan yg menunaikan segala hajat, & mengubat segala penyakit di dlm dada, sebagaimana Engkau memisahkan antara lautan, maka selamatkanlah aku dari azab neraka & drpd menjerit menyesal menyumpah diri pada hari kiamat & drpd fitnah kubur.
2. Ya Allah, letakkanlah cahaya di dlm hatiku, di dlm kuburku, pada pendengaranku, pada penglihatanku, pada bulu romaku, pada kulitku, pada daging ku, pada darahku, pada tulangku, pada uratku, di hadapanku, di belakangku, di kananku & di kiriku, di atasku & di bawahku.
3. Ya Allah, aku bermohon akan segala kebaikan yg cepat & yg lambat, yg aku ketahui & yg tidak aku ketahui, & aku berlindung kpd Mu drpd segala keburukan yg cepat & yg lambat, yg aku ketahui & yg tidak aku ketahui. Dan aku bermohon kpd Mu akan syurga & apa yg boleh mendekatkan kpd syurga yg berupa amalan, perkataan, niat atau kepercayaan. Dan aku, berlindung kpd Mu drpd neraka & apa yg boleh mendekatkan kpdnya yg berupa amalan, perkataan, niat atau kepercayaan.
Amin.
Seperkara lagi ialah sentiasa berselawat ke atas Rasullullah. Sesungguhnya kita sangat memerlukan syafaat dari Baginda utk masuk ke Syurga. Alangkah ruginya manusia jika dia tidak mendapat syafaat Baginda.
Sesungguhnya, di dunia inilah tempat kita bersusah-payah, melalui segala kesusahan kerana di alam akhirat adalah, Syurga adalah tempat manusia bersenang-lenang selama-lamanya. Ustazah ku mengingatkan - walaupun kita lihat orang-orang kafir mendapat kesenangan yg hebat di dunia ini, namun merekalah yg paling rugi di alam akhirat. Walaupun orang-orang kafir yg baik mendapat pembalasan yg baik dari Allah di dunia, namun neraka jugalah tempat kediaman mereka utk selama-lamanya.
Jgnlah kita termasuk dlm golongan yg menyembunyikan kebenaran.
Wallahualambisawab. Yg salah itu dari ku, yg benar dari Allah.
Ok, tukar linggo lak.....
Fidel telah pun selamat tiba di Uruguay. Gambar-gambar yg di ambilnya ketika berada di Maldives, Mauritius & Seoul belum lagi ku muatkan dlm alam siber ini. Dah malas nak download sebab pc nie dah tua kutok!!!! Lemerr tol pc nie, nak kene pi antar tembak! Sedey aku....buang karen bawak handphone, tak ley receive langsung. Nasib baik ley berbual dgn dia melalui khidmat 019. Nasib baik kakitangan hotel faham bahasa Inggeris. Bab berjauhan nie, lemau aku dibuatnyer. Nangis, beb. Walaupun sudah menjadi alah bisa tegal biasa, aku masih macam time courting dulu. Abihkan, tadi siang kat Oprah, "boypren lama", Barry Manilow nyanyi...
When will our eyes meet When can I touch you When will this strong yearning end And when can I hold you again...
Ley cair aku dibuatnyer.....
Namun ustazah kata, ada hikmah disebalik perpisahan. Inilah masanya rebut peluang berkhalwat dgn Allah, jgnlah asyik nak tido jerk! Katanya, nikmatnya kita sahaja yg merasakan, ia adalah sesuatu yg tidak dapat kita ungkapkan dgn perkataan. Pesannya lagi, jadikanlah Al Quran darah daging kita. Waktu yg terbaik membacanya ialah selesai sholat Subuh, 1 ain pun jadilah. Jgn sampai Al Quran itu lupa & tak pandang kita kerana kita tidak membacanya.
Ok, dah ilang korang nyer rindu kat aku??? Pasal aku rindu korang lerr, aku tulis, tau! Perasan...eeeeeek!!!!!!
|
posted by pinkiecutepie # 20:38 #
|
|
|
|
|
|
PINKIE HEARS |
|
|
PINKIE SHARES |
I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan
Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU
Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi
Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku
Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan
The Reason
Hoobastank
The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
|
|
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home