|
|
|
|
Berita Gembira........Sedih. |
D,
Pada mulanya aku ingin mengkhabarkan tentang majlis perjumpaan keluarga pihak Fidel hari Sabtu yg lalu. Maklumlah sudah lama kami tidak berjumpa & bermesra. Kehadiran dari pangkat moyang hingga ke cicit, sepupu, ipar-duai, bakal mempelai. Alhamdulillah.
Namun khabar sedih dengan cepatnya melenyapkan kegembiraan ku pada hari Ahad dinihari. Anak saudara kpd bapa angkat ku telah meninggal dunia. Aku & Fidel bergegas ke sana. Almarhum telah meninggalkan dunia ini di rumahnya pada 1.25pagi. Dia memang menghidap kanser usus. Aku diberitahu, sebahgian hatinya telah dibedah & dikeluarkan. Setelah selesai membacakan Surah Yasin, aku minta izin utk melihat muka almarhum. Imbasan sewaktu kami berjumpa ketika kecil hingga beberapa bulan yg lalu terbayang-bayang di fikiran.
Pemergian almarhum menyatukan semula bapak & pakcik ku. Subhanallah. Sudah bertahun mereka tidak bertegur-sapa, sebaik sahaja bapak menjejakkan kaki ke rumah almarhum, pakcik terus memeluk bapak & menangis. Subhanallah, Alhamdulillah...aku menghela nafas panjang. Aku khabarkan kpd makcik & sepupu-sepupuku yg lain, semuanya menadah tangan meng-amin-kan pertemuan itu. Ya Allah, aku teringat peristiwa di mana aku ke rumah almarhum Ati & aku ditemukan semula dgn Ina, Aton & Nani. Subhanallah. Kini hilanglah segala kerisauan ku memikirkan tentang perhubungan bapak & pakcik, inilah dikatakan air dicincang, tidak akan putus. Ya Allah, tak terhingga nikmat yg Kau turunkan kpd ku, kpd kami sekeluarga.
Kakak sepupu mengizinkan ku membantu menyelenggarakan jenazah. Subhanallah...tak ku duga dibukakan jalan utk ku pengalaman ini buat pertama kalinya. Syukur ku tak terhingga dapat membantu memandikan & mengkafankan almarhum. Salah seorang kakak seupupu walaupun ada bersama kami, tidak dapat menahan sebak sepanjang penyelenggaran tersebut. Bagi ku, sesungguhnya inilah 1 dari jalan yg Allah hendak tunjukkan ku agar aku jgn leka & sentiasa ingat kpd Nya...sentiasa jadi insan yg lebih bertaqwa selagi aku masih bernyawa.
Tibalah waktu perpisahan di rumah. Siapa tak pilu melihat 3 orang anak kecil dari usia 10 hingga 2 tahun menatap almarhum mama mereka buat kali terakhir. Hiba sungguh hati melihat anak kedua almarhum, seorang puteri menangis...dadanya turun-naik seperti ombak kuat....bagaikan boleh pecah dada anak kecil itu. Aku duduk di sisinya, memeluknya dgn sebelah tangan lalu memegang & menekan perlahan dadanya. Barulah reda tangisan puteri itu. Aku berpesan kpdnya agar sentiasa mendoakan dgn Al Fateha utk mamanya, melihatkan tubuhnya yg kecil...Dia mengangguk faham.
Sebaik sahaja jenazah diangkat utk dikebumikan, kami pulang ke pangkuan anak-anak yg kami tinggalkan. Aku bersyukur mereka dilindungi Allah & kami juga selamat sampai ke rumah dgn perlindungan Allah juga. Aku khabarkan kpd putera-putera ku tentang berita sedih dgn harapan mereka akan insaf & memberi mereka semangat agar mereka jadi anak-anak yg soleh.
Al Fateha utk Almarhum Fuadah Bte Ami. Semoga almarhum dirahmati Allah sentiasa & ditempatkan di dlm syurga. Amin.
|
posted by pinkiecutepie # 05:55 #
|
|
|
|
|
|
PINKIE HEARS |
|
|
PINKIE SHARES |
I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan
Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU
Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi
Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku
Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan
The Reason
Hoobastank
The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
|
|
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home