|
|
|
Tuesday, September 13, 2005 | |
Malapetaka |
D,
Aku menonton Channel E semalam. Amat dahsyat kesan Katrina terhadap bandar New Orleans. Teringat pula kata-kata ustz rock - bencana alam selain US, jgn lupa Jepun, China. Juga kapalterbang yg terhempas. Pada zahirnya, Singapura bernasib baik tidak menghadapi bencana seperti ini. Namun jgn lupa, kita juga sekarang pun menghadapi musibah - Demam Denggi - yg berleluasa. Paras bahayanya seakan wabak SARS. Cuma masih ada golongan manusia yg tidak mengambil endah kerana belum terjadi pada diri sendiri atau keluarga mereka.
Sesungguhnya sudah banyak malapetaka yg Allah turunkan ke dunia ini, namun manusia semakin alpa. Termasuk lah aku......kerdil & lemah. Banyak sungguh amalan-amalan yg belum terlaksana. Begitu kurang sekali rasanya apa yg ku lakukan sekarang. Kesal sungguh mensia-siakan waktu yg pergi begitu sahaja. Semoga Allah tidak lupakan aku. Semoga Allah sering memberi ku petunjuk ke arah yg diredhaiNya, Amin Insya Allah.
Rejab sudah berlalu, namun peristiwa Isra Mikraj yg dihujahkan oleh para ulama rasanya belum menghilangkan kehausanku. Aku ingin tahu lebih dalam secara terperinci. Sesungguhnya, peristiwa itu amat menakjubkan. Perasaan kesal masih terpahat kerana aku tidak menghargai pengorbanan Rasulullah. Terlalu banyak yg perlu aku baiki.
Dlm syarahan Sebelum Jenazah Di Usung, 2 minggu lalu, aku sangkakan ust akan berceramah tentang apabila manusia menghadapi kematian. Rupanya, dia mengisahkan beberapa perkara yg terjadi sewaktu Isra Mikraj - sesungguhnya banyak sekali pengalaman Rasulullah ketika berada di langit.
Inilah serba-sedikit isi syarahan tersebut :
.Ramai tidak bersyukur menjadi manusia kerana bila ada masalah senang saja bunuh diri.
.Manusia senang murtad. Mereka tidak ada harga Islam dlm diri mereka. Ramai tidak ada nikmat iman dlm diri mereka. Sesungguhnya, tanpa nikmat iman, kita tidak mampu melakukan ibadah.
Adakah para pemimpin utama memberitahu manusia apa akan terjadi pada manusia bila mereka mati? Sesungguhnya mereka tidak punya pengetahuan tersebut. Hanya Rasulullah sahaja yg ada pengetahuan tersebut sebab Baginda telah melihat keadaan Syurga & Neraka ketika Mikraj Baginda.
Kenapa berlaku kpd Baginda & bukan pemimpin besar yg lain? Sebab tidak mungkin pemimpin lain mahu berkongsi pengetahuan tersebut. Mungkin juga kalau kita yg ber-Isra Mikraj, dah tentu nak duduk dlm syurga & tak mahu turun semula ke dunia & mengkhabarkan kpd manusia lain tentang indahnya Syurga & azabnya Neraka.
Dlm keadaan Baginda yatim-piatu, Allah adalah pendidik Baginda. Namun Baginda menerima perlindungan luaran (fizikal) dari pakcik Baginda, Abu Talib & perlindungan dalaman (internal) dari isteri, Khadijah. Dlm tahun ke 10 kerasulan, kedua-duanya meninggal. Abu Talib pada bulan Rejab, Khadijah pada bulan Ramadhan.
Sewaktu dlm tahun kesedihan itu, Baginda ke bumi Thaif, tempat tinggal ibu susuan Baginda. Namun di situ juga, Baginda tidak diterima. Penduduk Thaif menghalau Baginda, melemparkan batu ke arah Baginda. Namun akhlaq Baginda adalah kesabaran. Baginda berdoa agar zuriat mereka terdiri dari org-org yg beriman. Ternyata hinga kini, penduduk Thaif adalah golongan manusia seperti di dlm doa Baginda.
Baginda pulang ke Mekah, ada pula desas-desus rancangan utk membunuh Baginda. Baginda terlalu sedih, lalu mengisytiharkan Tahun Kesedihan. Tahun ke 11 kerasulan, berlakulah peristiwa Isra Mikraj pada bulan Rejab. Isra - perjalanan dari Mekah ke Baitulmaqdis atau Palestin dgn menunggang braq (berwarna putih lebih besar dari keldai). Kelajuan buraq ialah setapaknya seperti sejauh mata memandang. Bayangkanlah. Mikraj - perjalanan naik ke dari bumi Baitulmaqdiske lapisan langit yg paling atas. Peristiwa ini berlaku dlm masa 24jam & temani oleh malaikat Jibril.
Dari Mekah ke Madinah, Baginda tiba di sebuah bukit di antara Mesir & Israel di mana Nabi Musa menerima Taurat. Rasulullah bersholat 2 rakaat. Rsululluah meneruskan perjalanan ke Baitulmaqdis di mana Nabi Isa dilahirkan & bersolat 2 rakaat. Baginda menjadi imam & makmumnya pula para 'anbiya (ulama yg terdahulu dari Baginda).
Di Baitulmaqdis, Baginda telah naik ke langit ditemani Jibril, menemui para malaikat & para nabi. Namun bila tiba ke satu lapisan langit yg bercahaya, Jibril tidak mampu naik. Baginda naik sendirian berserta roh & jasad Baginda & bertemu Allah SWT.
Ketika inilah turunnya perintah sholat. Baginda menerima perintah sholat 50 waktu. Namun ketika Baginda turun & bertemu Nabi Musa, Baginda dinasihati agar meminta Allah kurangkan waktu kerana umat Nabi Musa sendiri tidak mampu. Lalu Baginda turun-naik bertemu Allah sebanyak 9 kali utk meminta keringan sholat. Akhirnya turunlah perintah agar umat Nabi Muhammad bersholat 5 waktu sehari. Pahala 5 waktu sholat sama seperti 50 waktu sholat. Inilah kelebihan umat Baginda.
Iktibar besar bagi umat Nabi Muhammad sekarang, ialah, apabila Baginda menemui kebuntuan bila berdepan dgn masalah, barulah Allah memberi laluan utk mengatasi masalah tersebut. Meskipun Baginda adalah kekasih Allah, Baginda tetap berdepan dgn masalah. Maka, begitu juga dgn manusia. Allah menguji umatNya dgn masalah. Itulah perjalanan hidup. Kebahgiaan 100% yg sempurna adalah syurga.
.Satu lagi peristiwa semasa perjalanan Mikraj Baginda. Sebuah kaum menanam benih. Tanaman itu subur,lalu dipetik, benihnya ditanam lagi & seterusnya. Baginda bertanya kpd Jibril. Jawab Jibril, itulah org yg berjihad dgn ikhlas. Dlm dunia moden ini, manusia juga berjihad
.Baginda didatangi oleh seorang nenek yg sudah tua yg penuh dengan aksesori. Jawab Jibril itulah dunia. Sesungguhnya dunia ini sudah tua.
.Baginda berkata jarak hari kiamat adalah seperti 2 jari Baginda.
Berusahalah sungguh-sungguh utk dapatkan syurga, tapi jgn lupa hak kamu atas dunia.
.Baginda melihat 1 kaum yg kepala dihentam hingga hancur. Kepala itu sempurna semula, kemudian hancur lagi & seterusnya. Jibril menjawab, inilah org semasa dunia enggan bersholat.
Sholat adalah waktu manusia berkomunikasi dgn Allah. Org Islam perlu menikmati waktu kualiti ini. Ia adalah cara membersihkan jiwa. Org yg tidak khusyuk sewaktu bersholat adalah seperti biadab terhadap Allah. Perbaiki sholat & qadha lah sholat yg tertinggal. Sesungguhnya sholat perkara pertama yg dipersoalkan. Perbezaan di antara kafir & Muslim adalah sholat.
Wallahualam bisawab.
Banyak lagi peristiwa yg berlaku ketika Baginda ber-Mikraj. Namun ini lah saja yg dapat ku tuliskan dgn bertujuan utk berkongsi dgn para pembaca. Aku rasa ust. ingin menekankan kewajiban sholat.
Semoga dgn syarahan yg sering diulang mengenai peristiwa Isra Mikraj, makin kuatlah akidah kita, InsyaAllah.
|
posted by pinkiecutepie # 06:47 #
|
|
|
|
|
|
PINKIE HEARS |
|
|
PINKIE SHARES |
I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan
Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU
Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi
Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku
Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan
The Reason
Hoobastank
The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
|
|
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home