|
|
|
|
Labbaikallahummalabbaik |
Teringat lagu S Affandi. Terusik hati setiap kali mendengarnya.
Labbaikallahummalabbaik, itulah jawapan panggilan Allah.
Labbaikallahummalabbaik, labbaikalla syarika laka labbaik. Innalhamda wanni'mata laka walmulk lasyarikalaka.
Aku datang memenuhi panggilanMu, ya Allah, aku datang memenuhi panggilanMu. Tidak ada sekutu bagi MU, Ya Allah aku penuhi panggilanMu, segala puji & kebesaran adalah utk Mu. Tidaklah ada sekutu bagi Mu.
Banyak halangan yg telah aku lalui. Sangkak demi sangkak. Rancangan utk berlepas pada bulan Jun tidak kesampaian. Alhamdulillah, aku akan berangat pada bulan Julai, InsyaAllah.
Kepada teman-teman bloggers & teman-teman yg mengenali ku,
Mungkin anda terbaca tentang kuliah yg ku hadiri, harapan ku, kesedihan & kegembiraan ku. Niat & doa utk melakukan ibadah umrah telah lama ku panjatkan. Ini adalah salah satu matlamatku.
Aku akan bertolak ke Arab Saudi utk melakukan umrah & ziarah seminggu dari sekarang. Dengan kesempatan ini, dengan penuh keinsafan, aku menyusun 10 jari memohon kemaafan, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, di atas segala kesalahan ku yg telah ku lakukan yg di depan mahupun dari belakang, yg disengajakan atau tidak disengajakan daripada anda sekalian. Aku minta dihalalkan segala yg termakan, terminum & jika aku berhutang yg tanpa disengajakan. Jika ada hutang yg belum ku laksanakan, segeralah menghubungiku.
Aku mengharapkan keikhlasan anda memaafkan ku. Permintaan ku cuma satu, doakanlah kesihatan ku, dijauhkan dari segala kesusahan & bahaya, semoga aku dapat melakukan ibadah ku sebaik-baiknya. Pemergian ku bak mayat yg diusung ke liang lahad. Hanya Allah sahaja yg menentukan hidup & mati ku.
Anggaplah ini warkah ku yg terakhir buat anda. Kenangilah saat-saat manis ketika kita bersama. Terimakasih kerana sudi menempatkan ku di dlm hidup mu walaupun utk beberapa ketika sahaja. Aku ambil segala kenangan manis ketika kita bersama & aku sematkan di dlm sanubari ku. Aku bersyukur ke hadrat Allah kerana banyak ilmu yg aku timba, sokongan moral dari anda di sepanjang persahabatan kita.
Wahai muslimah, mantapkanlah ukhuwah demi kebaikan bersama. Lembutkanlah hati utk memberi & menerima kemaafan kerana Allah. Bukalah kedua belah tanganmu utk bersalaman & berpelukan sesama muslimah utk mengeratkan silaturrahim. Ingatlah yg indah-indah belaka di antara satu dgn lain. Sesungguhnya kita adalah manusia yg lemah, terimalah kelemahan org lain sebagaimana kita mahu kelemahan kita diterima oleh mereka. Melalui persahabatan, perkongsian ilmu & sokongan moral, kelemahan itu dapat diatasi bersama. InsyaAllah.
Maaf Zahir Batin. Jika panjang umur, kita bertemu lagi, InsyaAllah. Terimalah salam ku yg terakhir.
Assalamualaikum warahmtullahiwabarakatuh.
Yg ikhlas,
PinkieCutepie.
P.S. My sms is limited. I'm afraid I won't be able to respond to your messages. Sorry.
|
posted by pinkiecutepie # 08:09 #
|
|
|
|
|
|
PINKIE HEARS |
|
|
PINKIE SHARES |
I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan
Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU
Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi
Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku
Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan
The Reason
Hoobastank
The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
|
|
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home