PINKIECUTEPIE

A girlfriend - walk with me, I'll hold your hand, I'll catch you when you fall. This is a space where I shall share my life's journey with you. So join me, make yourself warm & comfy here........

    

PINKIE SURFS

secret scents & sensuality of the arabian
all recipes
cyberibu  portal
oprah winfrey
pinkie food stop
pinkie printed memories

 

PINKIE HOPS

Abang Bartley  AfdlinShauki  Ayu  Aznisyanur  BlurQueen  DarlingBaby  Fairani  GreenieMom  Herda  JunG  Imaan  Le_Tya  Pinky  PuteriDiana  Raihana  Ratna  Rina  Salina  Salha  Senorita  Trina  Triomommy  Zajmz  Zuraini 

 

PINKIE'S OFOTO

MRU1  MMRU2  MRU3  MRU4 

 

PINKIE WROTE

All about family
Kongsi Gong Xi.....
oh oh i'm in trouble......lagu power rangers the m...
Rezeki Jgn Ditolak....
Shape Your Body!!!!!!
Mid Week Crisis.
Another LEMAU session.
tipahTertipuTertipuTipuTertipah..........
Around the Globe......
Kpala ku biol........

 

PINKIE THANKS

Design & Layout by Cyberibu
Powered by Blogger
Photo Album by Fotopages.com

 

    

Friday, February 11, 2005

Terlalu kerdil, terlalu hina..malu, malu, malu......

D,

Beberapa hari yg lalu, aku telah berbual dgn AT. Sungguh rancak aku menceritakan tentang pesta makan ku, dia pun mencelah, "I've something to tell you." Wah, serius, nie. Seperti biasa, aku tak sabar nak dengar ceritanya. Bulan lalu, dia memberitahuku bahawa seorang rakan hajinya tiba-tiba dimasukkan ke hospital akibat sakit jantung. Dia sms ku agar aku bacakan Al Fatiha buat rakannya. Pendekkan cerita, ustazah (seorang asatizah di sebuah madrasah) itu telah dibenarkan pulang.

AT telah sempat menziarahinya di rumah. Dia belum berkeluarga. Ketika AT menziarahinya, dia duduk di kerusi roda. Lalu, dia sempat menceritakan pengalamannya ketika tenat di hospital. Sedikit lebih kurang, beginilah ........

Dia cuma sakit biasa sahaja, batuk & selsema. Namun dia dimasukkan ke wad. Oleh kerana wad CCU telah penuh, dia di letakkan di ICU. Dia terasa seperti mengalami sakaratul maut, sudah sampai hingga ke hujung hidung, rasa tidak selesa sekali. Dia rasa sungguh takut. Di dlm hatinya meminta agar dapat memegang tangan adik-beradiknya jika sudah sampai waktu dia pergi. Dia sempat membaca surah Al Insyirah. aku tanya AT, "oh, aku ingat baca surah tu utk anak jer." AT, "no, you can baca ketika dlm kesusahan, semoga Allah ringankan beban." Me, "I see. Ok, go on." Permintaannya dikabulkan Allah, dlm pengalaman sakaratul maut itu, kedua adik-beradik perempuannya memegang kedua tangannya. Kemudian dia pun dlm keadaan koma selama 6 hari. Selama itulah, dia mengalami sesuatu yg kita yg sihat belum tempuh.

Dia rasa dirinya seolah-olah diangkat naik ke atas. Di atas sungguh tenang, sekelilingnya putih, lebih putih & suci dari warna putih yg kita biasa lihat. Dia nampak ada air terjun, dia dengar alunan lagu yg sungguh indah, di tempat itu sungguh harum baunya. Tidak dapat dibandingkan di dunia. Dia jumpa arwah ibunya, dia menangis mendapatkan ibunya. Dipeluk, dicium. Dia juga jumpa arwah ayahnya, memakai baju putih panjang. Mereka juga berpelukan & berciuman. Dia rasa sungguh tenang, sungguh indah. Dia juga nampak ramai sekali lelaki berpakaian serba putih. Di sini, AT bertanya, "Apa kau fikir?" Me, "Eh, AT! Takutnya aku! Sesungguhnya ramai lelaki yg masuk Syurga. Ramai perempuan, tempatnya di Neraka! Eh, ini ustazah yg experience sesuatu yg indah, layak ker, kita?" AT, "Hm...tulah."

AT meneruskan cerita, dia juga merasakan dirinya wukuf di Arafah sebanyak 2 kali. Dia rasa dia telah mati di situ dan ustaz yg membimbing jemaah haji mereka telah menyelenggarakan mayatnya. Ustaz kata, "Cepat mandikan dia." Dia rasa dirinya betul-betul dipelihara, auratnya dijaga rapi, dia tidak mendapat sebarang keaiban. Tiba-tiba dia bagaikan dikejut dari buaian mimpi. Bagaikan tiba-tiba dia terjatuh ke bawah. Dia mahu kembali ke tempat yg indah itu, dia tidak mahu melepaskan arwah ibubapanya. Ketika itulah, dia sedar para doktor & jururawat mengelilingnya. Dia tersedar, namun dia tidak mahu bangun dari "tidurnya". Dia keji semua yg cuba menyelamatkannya. Dia ingin meninggalkan dunia ini. Waktu "tidurnya" terlalu indah.

Sekarang, ustazah berehat di rumahnya. Dia cuba mencari alunan lagu yg didengarnya, bauan yg harum ketika dlm koma, namun tidak mendatangkan hasil.

Masya Allah. Aku cukup berterimakasih kpd ustazah yg sudi menceritakan pengalamannya ketika berperang dgn nyawanya sendiri. Aku bersyukur kerana AT sudi berkongsi kisah benar ini dgn ku. Aku bertukar pendapat dgn AT. Apalah kita ini? Lihat, betapa isitmewanya ustazah. Kita rasa diri kita sungguh kerdil, keji di sisi umat yg soleh & soleha, di sisi segala ciptaan Allah. Rasanya tidak layak kerana sedar betapa miskinnya kita. Takut, tersangat malu hendak menghadap Allah. Di mana aku boleh bersembunyi? Astaghfirullah.

Beberapa minggu yg lalu, aku memberitahu rakan internet tentang masalah kesihatan ku. Sesungguhnya aku diselubungi keresahan yg belum pernah aku alami. Mungkin pre-menopause? Namun ianya mengganggu batin, bukan fizikal. Yup, it's so unlike me. Dgn kedatangan tahun baru Islam ini, mungkin aku juga perlu berhijrah? Aku sedar pendapat suamiku itu ada benarnya. Apakah manfaat yg aku dapat melalui penulisan secara blogging? Namun, dia memberikan ku ruang sebagai seorang individu. Tidak pernah dia masuk ke sini utk membaca segala apa yg telah ku tulis. Baginya, masanya amat berharga. Hm..ye, laa lebih baik dia baca suratkhabar daripada baca celoteh perasaan & mental ku.

Aku sering menyatakan keinginan ku utk berdiri di depan Kaabah. Aku kagum AT telah meyempurnakan 1 umrah biasa, 2 umrah Ramadhan & 1 Haji. Aku ingat dia pernah mendoakan ku di sana mengingati diriku dgn linangan airmata. Dia juga ingin aku menguatkan azam ke sana. Begitu juga dgn ibu mertua ku dan aunt Ley, aunt Nor. Pengalaman mereka mengerjakan Haji, menjadi inspirasi buat ku. Ibu mertua & aunt Ley pernah melakukan umrah bersama. Pada hari yg berlainan, mereka ternampak seorang perempuan yg saling tak tumpah seperti ku. Hanya sekali pandang, apabila mereka cuba mencari lagi, terus hilang dari pandangan. Melalui pengalaman mereka, niatku semakin kuat. Namun mengapa aku rasa kemungkinan itu masih jauh?

Seperti yg ku tulis di atas, mungkin sudah masanya aku mengubah haluan hidupku. Sempena tahun Hijrah 1426, aku membuka lembaran baru dgn buku baru. Apakah manfaat yg aku perolehi melalui blogging? Kesan negatif melebihi yg positif. Jari-jemari ku terlalu tua utk alam siber ini.

posted by pinkiecutepie # 01:17 #

0 Comments:

Post a Comment

<< Home

  

 

    

PINKIE HEARS

    

PINKIE SHARES

I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar

Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan

Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU

Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku

Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi

Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku

Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh

Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi

Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling

Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan

The Reason
Hoobastank

The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know

I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you

I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you