|
|
|
Monday, December 27, 2004 | |
serious serious serious.... |
D,
Bila terbaca BH & ST hari ini, apa yg telah ku tuliskan buat peringatan ku telah terjadi.....Allahuakbar!
Sesungguhnya, Allah menunjukkan kebesaranNya. Bila lagi aku nak ubah cara hidupku yg masih dlm arus kemodenan yg tidak bererti ini? Ya, aku harus mengikuti peredaran zaman, tapi aku harus juga berpegang pada ajaran Quran & Hadith agar tidak hanyut. Sesungguhnya aku takut...takut jika semua amalan ku menjadi sia-sia. Tak satu pun dapat menolong ku di alam kubur mahupun di akhirat kelak. Astaghfirullahalzim! Aku masih daif, pemikiranku, pengetahuan ku masih cetek. Ya Allah, masih adakah masa utk ku bertaubat? Ya Allah, tutupkanlah hati ku terhadap kemodenan yg boleh menghancurkan ku. Ya Allah, berilah aku kesungguhan agar sentiasa mengerjakan suruhanMu.
Malapetaka yg melanda membuatku membaca kembali tentang blog yg telah ku tuliskan tentang keterangan yg Ustaz berikan dlm Al Qariah. Allahuakbar. Sedarlah, pinkie...sedarlah. Dunia ini sudah tua, pinkie.....begitu juga kau. Bila kau nak ubah, pinkie...bila? Sempat tak pinkie? Astaghfirullahalazim.
Pernah aku terbaca atau terdengar bahawasanya umat Islam tidak bersatu hati dlm keadaan darurat yg dialami oleh umat Islam akhir zaman ini. Tersedarlah aku bahawasanya iblis ada di mana-mana merancuni akal & jiwa kita. Kadangkala, tanpa kita sedari kita telah termakan tipu-helah iblis yg sentiasa ingin menghancurkan keimanan umat Islam, agar umat Islam ikut mereka ke neraka. Nauzubillahiminzalik!
Ukhuwah - Dlm kehidupan kita sehari-hari, kita tidak terlepas dari godaan syaitan, dugaan Allah. Kadangkala, kita dikuasai akal, kadangkala kalah dgn nafsu amarah. Kehidupan bermasyarakat yg aman kadangkala terjejas kerana nafsu - perasaan yg tidak senang. Aku tidak terlepas dari ini. Ukhuwah yg telah ku jalin di antara para muslimah kadangkala terjejas kerana emosi ku, tanpa memperdulikan kata akal ku. Masa-masa inilah yg membuat ku insaf...sesungguhnya, iman ku tak sekuat yg ku sangka. Ya, ada pepatah....nasi sudah jadi bubur, what's been done, can't be undone. Bila hati sudah retak, sukar nak dicantumkan semula. Kemudian bila emosi mengawal segalanya..datanglah kata-kata jahat seperti.....when the table is turned around to you, the cards are in yr hands, ini hari aku, nanti hari dia...what goes around, comes around...dlm sifat-sifat negatif.
Namun, Allah masih memberi aku masa utk memperbaiki diri, mengapa aku masih bersikap egoistik? Terlalu luka kerana dilukai? Terlalu kesal kerana telah menyakiti samada sengaja atau tidak? Bukan kah Allah memberi aku masa hari ini utk memulihkan keadaan? Tapi mengapa aku mensia-siakan peruntukan masa ini? Ya, dgn kesal aku menjawab....aku masih egoist. Astaghfirullah. Inilah kelemahan ku.
Dalam bulatan ukhuwah dgn para muslimah yg aku kenali, aku cuba sedaya-upaya agar tidak menyakiti hati mereka, agar persengketaan yg pernah terjadi dgn seorang muslimah yg telah lama aku kenali tidak berulang lagi. Sesungguhnya putusnya silaturrahim ini, meninggalkan kesan yg amat mendalam, yg sangat aku kesali. Ialah adalah sesuatu yg tidak aku ingini namun ia tetap terjadi. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Aku berharap ombak perasaan yg bergelombang dlm hati para sahabatku yg setinggi malapetaka yg Allah tunjukkan baru-baru ini akan reda & tenang semula.
Aku sedar keruntuhan hati akan memakan masa yg panjang utk dirawati. Perasaan serik & takut akan sering disisi. Memang senang bagiku utk mengungkap kata utk cuba memujuk & membelai hati yg terluka, tapi amat sukar bagi yg terluka utk menelannya atau pulih seperti sediakala. Bukan mudah pula bagi yg sudah tersilap langkah utk kehadapan meminta kemaafan. It's not easy to own up to mistakes, then asking for forgiveness & mean it sincerely. Because once you own up to your mistakes, you realise things may not be the same again..you may lose a friendship, the trust or perhaps you will learn to forgive and overcome the storm together. Berani kerana benar, takut kerana salah. Jauh di lubuk sanubari kita, bila kita telah melakukan kesalahan, kita sedar...tetapi sanggup kah kita mengakuinya & face the result of our mistakes? Sampai bila hendak berselindung di sebalik bayang-bayang kita sendiri? Sampai bila kita hendak menafikan yg benar, mempertahankan yg salah?
Sekiranya aku terperangkap di tengah, aku cuba tidak memilih pihak. Aku cuba sedaya-upaya menghormati keputusan yg berkenaan & berfikiran terbuka. Mendengar cakap dari seorang atau semua tidak semestinya dapat menjernihkan suasana. I learned a valuable lesson - berhadapan dgn org berkenaan, bukan dgn org yg disisinya. Sesungguhnya, terlajak kata tidak boleh di tarik semula. It's not easy to solve "yg tersirat & yg tersurat" kerana kita tidak tahu maksud yg sebenar, melainkan yg org mengucapkannya sendiri. Another valuable lesson - tak semua boleh terima kekasaran bahasaku, ada akan tersinggung tanpa ku sengajakan. Ku panjatkan doa utk kami semua agar Allah menunjukkan kami ke jln yg Dia redhai. Ya Allah, sesungguhnya kesusahan ini datang dari Mu, ambillah semula kesusahan ini dari kami, kami tidak mampu membahunya, Ya Allah. Tutuplah segala keabaian kami. Satukanlah semula hati kami, hindarkanlah kami dari perasaan yg boleh menghancurkan iman kami. Kukuhkanlah silaturrahim kami agar segala ilmu yg kami ada dapat kami kongsi bersama dlm meniti kehidupan kami dari hari ke sehari. Sambungkanlah semula sliaturrahim yg telah putus jika ianya adalah baik buat kami. Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui. Amin. Sesungguhnya kita tewas menghadapi dugaan Allah, kita tewas dek mengikut perasaan amarah, kita tersungkur dgn godaan iblis. Astaghfirullahazim.
Aku sedar sebagai insan yg lemah, aku tidak berdaya menghadapi apa yg dibentangkan buatku. Semoga aku sentiasa dlm lindungan Allah. Semoga Allah mempertemukan ku dgn umat-umatNya yg boleh membantuku memperbaiki diriku. Aku adalah insan yg banyak gelaran - wanita, sahabat, ahli keluarga - yg merangkumi tanggungjawab sebagai anak, isteri, ibu. Namun aku berharap aku tidak ada gelaran negatif di dlm kehidupan insan-insan yg lain yg mengenali ku.
Friendship means a lot to me. Especially when things are going downhill. Aku tidak mahu menjadi kawan di masa ketawa, namun hilang ketika sahabatku di dlm kesusahan. Aku ingin menjadi sahabat setia, tetapi kerana perbezaan watak, aku tidak mampu menjadi akrab kpd semua. Rambut sama hitam hati tak sama. Cukuplah menjadi pendengar, sering berprasangka baik, cuba memujuk ke arah kebaikan. Sesungguhnya aku juga tidak sempurna. Sebagai seorang insan, aku harapkan seorang sahabat yg mendengar luahan rasa ku & meyimpan keaiban ku dlm peti hati mereka. Tidak aku nafikan, whatever relationship we're in, tak banyak, sedikit pun pasti ada perasaan tidak senang di antara satu sama lain. Sesungguhnya ia adalah dugaan sejauh mana kesabaran & keikhlasan kita sebagai sahabat. Mungkin persahabatan yg putus boleh dijalin semula, mungkin ia menemui noktah. Segalanya terjadi adalah kehendak Allah, ada hikmah sebalik ini semua. Everyday is a learning process. Buang yg keroh ambil yg jernih, semoga ia tidak menjadi racun dlm sanubari kita.
Melalui blog, aku tidak duga dapat menambah ramai kenalan. Aku kagum dgn perwatakan mereka, ilmu yg ada pada mereka. Banyak yg aku pelajari dari yg lebih tua dari ku, yg sebaya, mahupun yg lebih muda. Mereka, aku jadikan inspirasi ku. Aku akur kelemahan ku.
Pada semua yg mampir di blog ini, segala yg tertera dlm blog ini adalah dari hati naluri yg ikhlas, dari insan yg lemah. Kadangkala blog ini berbaur kasar, adakala terlalu halus. Ada juga waktu di mana perasaan menimpa kalbu atau mengalahi fikiran yg waras. Ia bukanlah "the ideal blog"..yg memamaparkan "perfection". Jika anda meraih ilmu atau "light bulb moment" di sini, Alhamdulillah. Jika mendapatinya memberi kesan yg negatif, itu bukan maksudku. Dengan membaca blog ini, mendengar kisah ku dari org lain, mengenali ku setahun-dua, tidak bermakna anda mengenali 100% tentang diriku. Bukan mudah bagiku utk menunjukkan watak ku yg sebenar. Masa juga memainkan faktor merubah perwatakanku. Namun bukan hak ku bila anda menilai diri ini.
Aku adalah contoh bagi anak-anak ku, contoh bagi "adik-adik" ku. Semoga yg baik menjadi tauladan, yg buruk dijadikan sempadan. Masa itu emas. Kemaafan adalah dendam yg terindah. Insya'Allah.
|
posted by pinkiecutepie # 07:47 #
|
|
|
|
|
|
PINKIE HEARS |
|
|
PINKIE SHARES |
I'tiraf
Wahai Tuhan
Ku tak layak
Ke SyurgaMu
Namun tak pula
Aku sanggup
Ke NerakaMu
Ampunkan dosaku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya
Engkaulah Pengampun
Dosa-dosa besar
Dosa-dosaku
Bagaikan pepasir
Di pantai
Dengan rahmatMu
Ampunkan daku
Oh Tuhanku
Wahai Tuhan
Selamatkan kami ini
Dari segala
Kejahatan & kecelakaan
Kami takut
Kami harap
KepadaMu
Suburkanlah
Cinta kami
Kepada Mu
Kamilah hamba
Yg mengharap
Belas dariMU
Penantian By Harmoni
Berapa lama mesti ku nanti
Sinar cahaya mata mu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yg menutup diriku
Berapa lama perlu ku tunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yg sepi
Penantian suatu siksa
Yg tidak tertanggung
Oleh tubuh ku yg kering & layu
Kepastian suatu penwar
Dlm suka & duka
Yg meniti hidup ku
Doa By Harmoni
Tuhan ku
Dlm termangu
Ku sebut nama Mu
Biar susah sungguh
Mengingat Mu penuh seluruh
Tuhan ku
Cahaya Mu
Panas suci bagai kerdip lilin
Di kelam sunyi
Tuhan ku
Aku hilang bentuk
Kembara di negeri asing
Tuhan ku
Pintu Mu ku ketuk
Aku tak bisa berpaling
Nasyid By Hidayah
Kepada Mu Ilahi
Yg Maha Agung Yg Maha Suci
Ku pohon perlindungan
Dan keampunanMu
Pada setiap sholat
Ku lafazkan doa & pujian
Kukuhkanlah taqwaku & keimanan
Semoga diriku diselamatkan
Dari segala bencana
Limpahilah diriku dgn sinar penuh kemuliaan
Agar tidak digoda syaitan
Yg sungguh durjana peruntuh akhlak
Inilah doa seorang insan
Mohon perlindungan
The Reason
Hoobastank
The Reason
I'm not a perfect person
There are many things I wish I didn't do
But I continue learning
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm sorry that I hurt you
It's something I must live with everyday
And all the pain I put you through
I wish that I could take it all away
And be the one who catches all your tears
That's why I need you to hear
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I'm not a perfect person
I never meant to do those things to you
And so I have to say before I go
That I just want you to know
I've found a reason for me
To change who I used to be
A reason to start over new
And the reason is you
I've found a reason to show
A side of me you didn't know
A reason for all that I do
And the reason is you
|
|
|
|
0 Comments:
Post a Comment
<< Home